Selasa, 16 April 2013

Program Perkongsian Pintar Tahun 6

Tarikh :    25 Jan 2013  (Fasa 1)
Tempat : Makmal Komputer SK Kampong Batu
Masa : 9:30 pagi
Kehadiran : Para Penjaga Tahun 6, Guru Subjek, GPK dan Guru Besar
Modus Operandi :
 1. Perbincangan Hala tuju anak-anak tahun 6
 2. Penetapan target pencapaian UPSR
 3. Perkongsian kaedah dan pendekatan serta teknik sentuhan nurani.
Aluan guru besar dan pembentangan keputusan diognostik serta TOV
murid serta program sekolah.
Sesi perbincangan dan respons penjaga.
 
Ibu bapa yang hadir dan anak murid yang bermotivasi dengan sambutan kehadiran penjaga yang memberangsangkan.

Tarikh :    28 Feb 2013  (Fasa 2)
Tempat : Makmal Komputer SK Kampong Batu
Masa : 9:30 pagi










PEMBERIAN BANTUAN KWAPM

Tarikh : 8 April 2013
Hari : Jumaat
Masa : 11:00 pagi
Tempat : Dewan Perpatih SK Kampong Batu

     Majlis di mulakan dengan taklimat ringkas daripada GPK Hal Ehwal Murid (GPK HEM). Ucapan berkisar tentang tujuan pemberian bantuan dan kegunaannya untuk persekolahan, alat tulis dan keperluan anak-anak sahaja.


Ibu bapa dan penjaga menandatangani buku kehadiran.

Penyerahan bantuan dan menandatangani Akuan Penerimaan oleh Penjaga. Dan
Pembayaran alat tulis dan keperluan persekolahan anak-anak kepada guru kelas


Diantara ibu bapa dan penjaga yang hadir. Kehadiran 100%
33 orang murid menerima bantuan bagi Tahun 2 hingga Tahun 6 bagi tahun 2013.

JOHAN DAERAH REMBAU MTAQ 2013

Pada 6 April yang lalu, pasukan sekolah bimbingan Pn Norhayati binti Aris telah menyertai pertandingan Majlis Tilawah Al Quran (MTAQ) peringkat daerah Rembau di SMAHMY Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Ulu Gadong.Telah berjaya menggondol beberapa kejuaraan sehingga SK Kampong dinobatkan sebagai Johan keseluruhan bagi kategori sekolah rendah Daerah Rembau..
 Acara penyampaian semula hadiah dan piala pusingan semasa majlis perhimpunan rasmi pada 8 April 2013 (Isnin). Guru besar Pn Jamilah binti Abd Jabar tersenyum gembira. Semoga kejayaan terus dilakar dalam sejarah SKKB bagi tahun 2013 ini. InsyaAllah....

Juru latih pasukan sekolah bersama para peserta dan guru besar mengabadikan gambar kenang-kenangan.


Khamis, 14 Februari 2013

LAWATAN KEMENTERIAN PELAJARAN

Satu agenda lawatan dari Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia akan berlangsung pada 15.02.2013. Jam 9:00 pagi. Bertempat Balai Budiman

MESYUARAT AGUNG PIBG

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 26

PERHATIAN !.
Kepada semua warga PIBG SK KAMPONG BATU,
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 26 akan diadakan pada ketetapan berikut:
                   Tarikh : 22. 02. 2013
                   Masa : 3:00 petang
                   Tempat : Dewan Perpatih SK Kampong Batu
                   Perasmian oleh : YB. Dato Dr Awaludin Bin Haji Said
                                             DSNS, ANS, PMC
                                             ADUN Kawasan Kota.

Semua dijemput hadir.
Maju Pendidikan untuk Masa Depan