Selasa, 16 April 2013

JOHAN DAERAH REMBAU MTAQ 2013

Pada 6 April yang lalu, pasukan sekolah bimbingan Pn Norhayati binti Aris telah menyertai pertandingan Majlis Tilawah Al Quran (MTAQ) peringkat daerah Rembau di SMAHMY Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Ulu Gadong.Telah berjaya menggondol beberapa kejuaraan sehingga SK Kampong dinobatkan sebagai Johan keseluruhan bagi kategori sekolah rendah Daerah Rembau..
 Acara penyampaian semula hadiah dan piala pusingan semasa majlis perhimpunan rasmi pada 8 April 2013 (Isnin). Guru besar Pn Jamilah binti Abd Jabar tersenyum gembira. Semoga kejayaan terus dilakar dalam sejarah SKKB bagi tahun 2013 ini. InsyaAllah....

Juru latih pasukan sekolah bersama para peserta dan guru besar mengabadikan gambar kenang-kenangan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan